
Persidangan
Antarabangsa
Memartabatkan
Bahasa Melayu

Selayang Pandang
Tuan dan puan yang dihormati,
Bagi pihak Jawatankuasa Penganjur PAMBM ke-8 2024, saya mengalu-alukan semua ahli akademik dan profesional dalam bidang Pengajian Melayu untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu kali ke-8 2024.
Pada tahun ini, PAMBM akan dilaksanakan untuk kali ke-8 dan Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Jepun akan menjadi tuan rumah persidangan pada 10 hingga 11 September 2024.
Meneruskan kelestarian persidangan sebelumnya, tema bagi persidangan 2024 ialah ‘Kedinamikan Prospek Pengajian Melayu’. Saya dan seluruh jawatankuasa kerja persidangan ini mengharapkan agar pelbagai aspek kajian dan perbincangan berkaitan dengan Pengajian Melayu secara meluas dapat dikongsikan dalam persidangan kali ini.
Kami berbesar hati menyambut kehadiran peserta dari seluruh dunia ke PAMBM 2024 di TUFS, Tokyo. Jumpa di sana!
Prof. Madya Dr. Mazura @ Mastura Muhammad
Dekan

Seulas Bicara
Tuan dan puan yang dihormati.
Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu (PAMBM) 2024 akan diadakan untuk kali ke-8 bertemakan ‘Kedinamikan Prospek Pengajian Melayu’. Antara subtema yang disenaraikan ialah Pendidikan, Linguistik, Budaya, Kesusasteraan, Bahasa Etnik, Sosiologi, Antropologi, Manuskrip, Filologi dan Kesenian.
Dengan tema dan subtema yang komprehensif, kami berharap persidangan kali ini dapat mencetuskan idea baharu serta meningkatkan hubungan pelbagai hala menerusi pembentangan kertas kerja, forum dan sesi perbincangan.
PAMBM anjuran Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan bekerjasama dengan Tokyo University of Foreign Studies, Jepun sebagai rakan strategik pada tahun ini. Kami mengalu-alukan penyertaan warga akademik dari seluruh dunia untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan kepakaran dalam persidangan ini.
Jumpa di Tokyo!
Dr. Zuraini Ramli
Pengerusi PAMBM 2024
Lokasi
Tokyo University of Foreign Studies, Jepun
10 hingga 11 September 2024
Tema
Kedinamikan Prospek
Pengajian Melayu
Subtema
Linguistik, Budaya, Kesusasteraan, Bahasa Etnik, Sosiologi, Antropologi, Manuskrip, Filologi, Kesenian, & Subtema lain yang berkaitan dengan Pengajian Melayu
SASARAN PESERTA
Ahli Akademik, Pensyarah, Penyelidik, Felo Penyelidik, Persatuan, Agensi, Pendidik (Guru), Pelajar Pascasiswazah & Individu yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan Pengajian Melayu.
Tarikh Penting
Penerimaan Abstrak
4 Jun 2024
Penghantaran Makalah
30 Jun 2024
Telah ditutup
Penghantaran Abstrak
31 Mei 2024
Pendaftaran Akhir
4 Jun 2024
Yuran ​PEMBENTANG
RM1500
Tempatan
RM1800
Antarabangsa
Yuran
PESERTA
RM750
Tempatan
RM1000​
Antarabangsa
RM250
Bengkel di Malaysia
Pendaftaran ​sebagai peserta ​persidangan
Tarikh akhir ​pendaftaran: ​23 Ogos 2024
Imbas kod QR ini

Penghantaran Abstrak
&
Makalah
PENGHANTARAN ABSTRAK MELALUI E-MEL RASMI PAMBM:
pambmtokyo@fbk.upsi.edu.my

Aktiviti Prapersidangan & Pascapersidangan

RM250
Bengkel Artikel Scopus/Wos
di Universiti Pendidikan Sultan Idris

RM250
Bengkel Visualisasi Data Sains Sosial Tableau
di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Maklumat
Persidangan
TENTATIF PERSIDANGAN
10 September 2024
MASA
8.30 pagi
PERKARA
Pendaftaran Pembentang dan Peserta
9.00 pagi
Majlis Perasmian dan Ucaptama 1
10.30 pagi
Minum pagi
11.00 pagi
12.15 tengah hari
Sidang Selari 1
Sidang Selari 2
1.30 petang
2.30 petang
3.45 petang
Makan tengah hari
Sidang Selari 3
Sidang Selari 4
5.00 petang
Minum petang dan bersurai
TENTATIF PERSIDANGAN
11 September 2024
MASA
9.00 pagi
10.30 pagi
11.00 pagi
12.15 tengah hari
1.15 petang
PERKARA
Ucaptama 2 dan Ucaptama 3
Minum pagi
Sidang Selari 5
Majlis Penutup
Makan tengah hari dan bersurai
Pakaian:
Hari pertama - Batik
Hari kedua - Songket/formal
Dianjurkan oleh::

Dengan Kerjasama:

Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
pambmtokyo@fbk.upsi.edu.my